Friday, May 29, 2009

kenape putri lindungan bulan menjadi pilihan??????


assalamualaikum..


Ini yg menjadi tanda tany,nape name putri lindungan bulan menjadi pilihan!!! begini ceritenye,putri lindungan bulan ni di ambil sempena judul sebuah novel "BUKAN PUTRI LINDUNGAN BULAN".karya Liana Afiera Malik pada 5 Mac 2002.sedih tau citenyer..menghayat ati betol..

kalo ade mase nant,luangkn la sedikit mase untuk bace novel ni..hehehehe..


kata A.Samad Said:


Dalam 1,211 halaman, penulis LIANA AFIRA MALIK, ternyata tidak membenarkan kesayuan atau kemesraan saja untuk berulang-alik dalamnovelnya. Benar, dunia rasanya memang terlalu besar dan luas untukberdiam diri. Makanya, walaupun yang diceritakannya keluar-masukdalam gua cinta seperti yang disarankan daripada wajah kulit bukudihadapannya, tapi Liana tetap coba memberikan erti yang lebihbermakna dengan menyangkutkan beberapa bingkai peristiwa cinta yangmencabar. Memang kita seperti sengaja dipimpim supaya turut samatenang mengucapkan kata-kata cinta, tapi sebenarnya kita jugadibebaskan untuk belajar sangsi, mengunyah rahasia lain di sebalikkata-kata cinta itu sendiri.Sesekali dunia buku memang perlu mengadakan ledakannya sendiri.


Lanskap sastera tenang biasanya --- damai untuk mata dan mesra untukhati. Penulis tidak akan merasa puas dan khalayak tidak merasadisentuhi. Baik penulis mahupun khalayak pembaca seolah-olah gementaroleh sesuatu kejutan kerana amat percaya bahawa alam cerita sebaiknyasesyahdu tasik --- damai di mata dan mesra di hati.Dalam ringkas bolehlah dikatakan bahawa kisah yang dihantar Liana inibukanlah kisah sepatu atau stokin. Dan tidak juga ia kisah busanayang serba lengkap.


Tapi, ia sempat menghidangkan juadah kisahambisi, cemburu, persaingan, percintaan, perbalahan, pencarian,kepintaran dan kebodohan dalam dunia harian terkini yang sudah tidaksemurni zaman nenek-moyang. Juga, kisah yang sebenarnya beriak,ketika-ketikanya berkocak, di dalam batin kita, dan sesekaliterdengar jeritan nyaring naluri kasar kita. Dan saya rasa sebaiknyasetiap buku --- tebal atau tipis, montel atau kempis --- wajar sampaike paras pengalaman spiritual.Melalui BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN kita sempat dihemahkan sejauhmana ertinya kemenangan jika ia tidak ditusuki dulu oleh kekalahan.


Begitu juga selembut mana ertinya kasih jika ia tidak terlebih duludisanggahi kebencian. Maka begitulah siang menjadi lebih berertikerana wujudnya malam; dan kegementaran malam pula menjadi lebihditunggu kerana kecemerlangan pagi. Satu perlawanan simbolis begitumemang sentiasa menjadi rahasia yang sukar tersingkap manfaatnya,kecuali kepada mereka yang memang menghargai dan terpesona oleh setiap anugerah Allah Yang Maha Berkuasa.


begitulah kata A.Samad Said tentang novel ini...

No comments:

Post a Comment