Tuesday, June 2, 2009

PenyaKit HaTi.. aPA uBatnYe??

assalamualaikum..


Hari ini aku berminat nk share sedikit maklumat tentang penyakit hati..menurut kajian penyakit hati ini,berpunca dr unsur2 pemikiran yg negatif..tiada keseimbangan positif dlam diri..


Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat tidak kira d mana jua , asalkan ianya dihuni oleh manusia , kite akan pasti mendengar pelbagai permasalahan yang timbul akibat runtunan hati..x silapnyer,kata seorg penyair dr arab:


'Hati adalah menteri yang menasihati '


Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati...itu la hakikat sebenarnye tanpa kite sedari..


Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : " Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati ".


Penyakit ini memg agak remeh sahaja,tp sebenarnye sangat bahaya kalau d renung2kn..contohnye seperti pembunuhan pertama yg berlaku d atas dunia ni,antara putera
Nabi Adam A.S iaitu Habeel dan Qabeel.. segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga d dorong oleh rasa hati yang d bantu oleh kekangan nafsu..NAUZUBILLAH...maka terjadilah aneka bentuk jenayah sama ade tahap biase,luar biase dan maha dasyat biasenyer..



Sindrom penyakit hati ini sudah tentu akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya , usaha-usaha awal tidak d bendung.


Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat kite terutamanye masyarakat Islam – biasanya apabila seseorang itu lebih maju , lebih hebat daripada orang lain dalam sesuatu usaha yang d jalankannye seperti perniagaan , pelajaran...ini akan mengundang keresahan dan kebengkakn hati rakan-rakan yang lain.


Maka timbulah elemen2 yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkn bibit-bibit permusuhan...hah!! ini la yg kite xnk ni..apabila kebengkkn semakin membiru,maka makin bnyak la elemen2 negatif yg mula menyerap dlm pemikiran kite..


bukannye rekaan semata2..tp sudah terang lg bersuluh


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud : " Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam )...


sedikit renungan d petik dr sebuah laman web (http://www.muslim.my/):


untuk memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa " Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu"


(Ya Muqallibal Qulub , Thabbit Quluubana ‘ala Deenika Wa ‘ala Thoo’atik).


-renung2 kn dan selamat beramal!!

1 comment:

  1. farah...
    soalnye hati sukar dmengerti..
    ape terjadi dluar kawalan hati...
    hehe..

    ReplyDelete